Friday, 6 July 2012

Zaman Sekolah Remaja Malaysia

hehehe,pasti ramai yang pernah melaui pelbagai ragam semasa di sekolah.Kali ni,aku nak imbas kembali (kepada semua yang dah habis sekolah),antara ragam yang memang selalu kita lalui semasa di zaman persekolahan sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah.



1)Geng:
Memang tak lengkap hidup kita di sekolah kalau tak ada "geng".Lagi best kalau dapat yang "sekepala" @ "kamching" @ serasi.Bila dengan geng,rasa seronok sebab dapat bergurau senda (yela,semua sekepala) jadi,rasa selesa untuk bergurau dan bergaduh manja

2)Langgar peraturan sekolah:
Hahaha,yang ni memang paling "dominan".Semua mesti pernah merasa langgar peraturan sekolah,dari peraturan-peraturan kecik seperti tak pakai tali leher,tak pakai lencana hinggalah ke kesalahan besar (jangan buat benda yang bukan-bukan tau!)Dekat sekolah tak boleh bawak handphone,tapi bila dah degil,sanggup jugak curi-curi bawak handphone ke sekolah.Cuma,siapa yang bernasib baik & pandai "coverline",dia yang selamat.Semuanya bergantung kepada nasib la...

3)Cikgu disiplin:
Cikgu disiplin merupakan manusia yang paling di geruni di sekolah.Lagi-lagi kalau yang jenis bawak rotan 24 jam.Pelajar nampak je,lintang-pukang lari,takut kena sebat depan orang ramai.Yela,tugas cikgu disiplin ialah untuk mendidik pelajar menjadi lebih berdisiplin.so,tak hairan la kalau ciku disiplin rata-ratanya memang di takuti


4)Usha:
usha atau bahasa saintifiknya ialah mengendap,memang selalu terjadi tak kira lelaki atau perempuan.Yang lelaki,kalau nampak budak perempuan yang putih,comel,bergaya and famous,mesti akan dok usha budak perempuan yang diminati,kalau lalu depan mata.Lagi bangga,kalau dapat no awek tu.Conform menunjuk depan budak lelaki yang lain.Budak perempuan pula beza sikit,diorang suka usah budak lelaki & cikgu lelaki yang kacak.Mesti ada punya,paling tak pon sekali.


5)Gelaran:
Yang ni pon selalu berlaku.Bila cikgu cakap "pisang",semua pelajar gelak,cikgu cakap "boyot",lagi gelak,cikgu cakap "ayam" pon,semua gelak sampai cikgu pon bingung.Hahah,memang sudah menjadi kemestian,dalam satu bilik darjah,pasti akan ada pelajar yang popular dengan nama-nama pelik.Orang panggil "jagung","ubi" and so on..ingatkan makanan,rupa-rupanya nama femes dia =P


6)Lari dari aktiviti:
Bagi yang memang malas bersukan,bila time sukantara sekolah je,mula la dok buat macam-macam.Dipanggil ke perjumpaan,tak datang.Di suruh masuk acara,cakap tak berkemampuan la..sudahnya,jadi tukang sorak tepi padang.

7)Sorok barang:
Hakikat bagi pelajar yang suka bawak masuk bahan terlarang,waktu spotcheck adalah waktu yang paling menakutkan.Bila dengar budak-budak kelas lain cakap ada spotcheck,mulalah masing-masing carik port nak sorok barang.Aku pernah alami satu kes dimana,seorang budak sanggup campak handphone dia dari tingkat dua ke bawah semata-mata tak nak kena tangkap.Sia-sia je,berkecai handphone dia.."Port" yang selau jadi pilihan ialah bawah meja,celah langsir,laci meja guru,bawah tong sampah,dalam tong sampah dan macam-macam lagi la.Nak sorok dalam beg memang mustahil la,sebab conform2 tempat pertama yang akan di check oleh para pengawas ialah beg sekolah.Tapi,kalau ad yang "kamching" dengan pengawas yang periksa beg diorang,memang ad chance la nak terlepas..

p/s:tidak semua adalah tepat,yang aku post ialah pengalaman yang pernah aku lalui =)



No comments:

Post a Comment